Image hosted by Photobucket.com
Thursday, January 19, 2006




Image hosted by Photobucket.com




Mujahidah pada mulanya memang tak minat langsung nak involved dlm bisnes ni..tapi setelah berjumpa dengan pelbagai jenis bisnes...adik mujahidah (daaniyal my brother!) memberikan galakan untuk masuk ke alam perniagaan..alhamdulillah skang ni mujahidah ada 4 jenis bisnes...



dan yang latest adalah EBOOK smsclub!!!



Untuk sertai,



TAIP EBOOK REG 83871 dan hantar ke 32300



Komisen hingga RM 2000/minggu dengan hanya bermodalkan RM6.20....



Amacam berminat? Try le...tak rugi punye....



Sebarang pertanyaan boleh email ke mujahidah_cyber@yahoo.com

[[ mujahidah_cyber]]*|1:07 AM|

Wednesday, January 11, 2006




Image hosted by Photobucket.com



(gambar mase raye pose..bersama adikku daaniyall & shaadfuwan, Kakak- Along & sepupu..Ijie..)




Hari Selasa lalu, semua umat islam merayakan Hari Raya Aidiladha, sedih la cerita bab raye ni..mujahidah tak balik ke kampung untuk beraye..raye kat UIA je...pagi raye sempat solat di SHAS Mosque dan rata-rata jemaah yang hadir adalah international students...keluar solat majoriti ramai la non-malaysian kat situ..rasa cam raye kat oversea je.. : ) Sedih juga..sebab first time beraya di perantauan..apapun kena sesuaikan diri sebab mujahidah bercita-cita nak further study ke UK...Insya Allah... Tapi hari raya lalu sempat juga beraya kat umah seorang kawan kepada kawan kat Sungai Besi..paling tak bleh dilupakan..petang raye makan le kat KFC..hehehe! Makan free,sapa tak mau..rezeki beb! Macamana sambutan raye tak penting...yang paling penting adalah untuk kita mengenang kembali peristiwa di sebalik hari raya tersebut...



 

[[ mujahidah_cyber]]*|6:59 PM|

Wednesday, January 04, 2006




Image hosted by Photobucket.com




 



:: Adakah Cinta Memerlukan Sebab?? ::


 


 


  Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan


  di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah


  bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si


  suami. Ini dialog mereka


 


  Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?


 


  Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang


            menyayangi dan mencintai Sayang!


 


  Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh


  katakan


          abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh


  menerangkannya.


 


  Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa


            abang memang cintakan Sayang!


 


  Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada


           saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami


  dan teman


           lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai.


  Dalam bentuk


           puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan


  sebabnya


 


  Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata


  "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara


  yang


  merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman


  manis


  dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama


  Sayang!"


 


  Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.


  Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan


  koma.


 


  Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang


  disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.


  Surat tersebut berbunyi begini :


 


  "Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah


  engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika


  disebabkan


  kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau


  menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika


  disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau


  tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan


  setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?


  Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan


  sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.


  Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,


  selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik


  dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia


  boleh dirasai dalam hati."


by HATI EMAS

[[ mujahidah_cyber]]*|9:38 PM|

Saturday, December 31, 2005

Minggu ni mujahidah dihujani dengan beberapa lab reports yang agak kompleks utk disiapkan..walaupun meredah dunia maya ni,namun pencarian mengenai "haemolysate" memberikan keputusan yg kurang memuaskan..biasa la,science ni banyak terminology..klau salah skit, tak jumpa sources untuk reference lab reports..apapun,pencarian mesti diteruskan...lab report Haematology dan Toxicology harus dihantar tahun hadapan..ye la dah masuk 1 januari 2006 pun... kepada pelawat blog mujahidah...SELAMAT TAHUN BARU, MULAKAN AZAM BARU, DENGAN USAHA YANG LEBIH LAGI!!!

P/S: Selamat berangkat buat En Halim dan Pn Zaharah ke Tanah Suci Mekah..Moga peroleh haji yang mabrur..Insya Allah

[[ mujahidah_cyber]]*|8:58 AM|

Wednesday, December 28, 2005

Walaupun baru je dapat PTPTN, tapi mujahidah tetap fikirkan akan masa akan datang..ye la..duit bila-bila boleh abis..kena beli buku, makan, fotostat nota-nota, bayar duit blaja memandu,renew lesen....etc..pergh, rasanya dalam seminggu boleh abis separuh duit PTPTN..so,mujahidah ada alternatif lain bagi sahabat-sahabat yang ada masalah kewangan: SILA BACA DI BAWAH NI YE!

1)Buat bisnes-MLM ke..jual kerepek ke..tapi yang penting minimumkan modal,maksimumkan pendapatan
2)Buat la AUTOSURF- join la mana2 autosurf kat internet ni..daripada kita dok melayari website yang pelik2 dan tak berfaedah
3)Royalti-ni bagi sesiapa yang ada bakat besar,cam boleh nyanyi nasyid ke..tubuhkan kumpulan dan buat album...menulis novel ke...etc..
4)PALING PENTING----jangan mudah putus asa..teruskan berfikir camne nak cari duit..tapi ingat..study kena jaga!!! :)

[[ mujahidah_cyber]]*|9:50 PM|

Adakalanya kita bertemu dengan pelbagai peristiwa atau kejadian menarik setiap hari...Minggu lepas merupakan minggu terindah bagi pelajar UIA..apa taknya..Duit PTPTN baru masuk..maka bertempiaranlah students UIA bershopping..Krismas punya shopping sekali.. Mujahidah jugak tak ketinggalan membeli-belah bersama ALONG (kakakku yang tersayang)melayan kerenah orang yang nak bertunang tu..:) apapun..shopping,shopping jugak..tapi perbelanjaan mestilah mengikut keutamaan, beli yang penting dulu,yang tak berapa penting KIV la..Alhamdulillah, buku subjek HAEMATOLOGY dah dibeli,cuma buku TOXICOLOGY dan RESEARH METHODOLOGY tak jumpa-jumpa lagi..akan kuteruskan pencarian buku-buku tersebut
kepada sahabat-sahabat yang mengunjungi blog ni..SELAMAT MEMULAKAN SEMESTER BARU,DENGAN AZAM BARU DI TAHUN BARU 2006!!!

[[ mujahidah_cyber]]*|6:30 AM|

Monday, December 26, 2005

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia
keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-
kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan
orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-
usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada
kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji
dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan -
penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap
susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius -
genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan
kekuatan daya ingatan :



1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran
mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan
madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia
adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi
pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang
meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga
mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur,
fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum,
silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan
kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin
hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk
merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan
kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan
bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat
merbahaya !

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi
memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak.
Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa,
lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika
dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan
tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi
iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan
badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan
berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan
oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin,
mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan
merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w
menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal,
memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang
terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan
lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh
Rasullullah s.a.w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan
keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan
yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral,
vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur,
natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda
Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah
(kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya
memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi
masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang
terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah
atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan
dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan
fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok
untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah
delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama
40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala.
Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat
efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah
ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur
burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga
boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan
memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar
zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya
berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa
r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta
dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin
dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio
dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk
meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang
pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa
Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein
yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-
kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi
s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga
berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan
labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang
kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori

[[ mujahidah_cyber]]*|7:14 PM|

Monday, December 05, 2005




Image hosted by Photobucket.com



 



Arini, hari pertama sem 2,2005/2006 bermula... tetibe je rase rindu kat family kat kampung..almaklumlah, dah sebulan bercuti bersama keluarga. klau dah start blaja..susah nak balik..banyak assignment,test and etc..kat sini,mujahidah bukannya nak buat iklan sate...tapi saje je taruk gambar adik bongsu kesayangan, Muhammad Shaadfuwan,9 tahun, this coming 11Dec birthday dia..to my beloved brother..hepi birthday...smoga panjang umur, murah rezeki...




[[ mujahidah_cyber]]*|12:20 AM|

pr0file`

name.Mujahidah_Cyber
birthday.28 MarCh 1983
email.mujahidah_cyber@yahoo.com

l0ves!`

Anime,Books,Cartoons,Business((:

hates!`

Liar!Hypocrite! )):

music playing ]]

song:

dar liinks`

|Blog ADLI| Blog MAR| Blog ZIKRI| links|
|links| links| links| links|
|links| links| links| links|
|links| links| links| links|

taggy!`((:

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.comGet awesome blog templates like this one from BlogSkins.com