
Tidur siang pernah dianggap sebagai salah
satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya
sebagai suatu
kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-
lebihan
dengannya.
Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan
tentang salah
satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh
Nabi:
"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah)
tidaklah keji.
Rasulullah ada melakukannya."
Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin'
telah berkata:
"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di
siang
hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari
sebagaimana sahur membantu puasa di siang
hari.
Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir
matahari
untuk solat zohor."
Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur
tengahari.
Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai
suatu yang
keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah
untuk
kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan
untuk
melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti.
Dewasa ini,
berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di
waktu
siang (day napping), terutamanya pada waktu
tengahari,
didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan
tenaga,
tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.
Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan
tidur ke
atas negara-negara industri dan pasca-industri
telah
mendapati bahawa "92.5% pekerja-pekerja yang
berkesempatan tidur di waktu tengahari,
mempunyai daya
kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan
mereka
untuk menyelesaikan masalah juga meningkat.
Semua ini
pastinya meningkatkan produktiviti." (Napping
News:
'Scientific Proof Confirms: Napping Enhances
Worker
Productivity,' from eFuse)
Waktu tengahari merupakan masa yang paling
sesuai untuk
tidur seketika kerana sistem badan kita memang
bersedia
untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu.
Fasa ini
disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent
phase' atau ' a
secondary sleep gate.' Di antara tokoh-tokoh yang
menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William
A. Anthony,
Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang
buku 'The Art of
Napping at Work.'
Demikian juga yang disebutkan oleh David F.
Dinges dan
Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep
and
Alertness: Chronobiological, Behavioural and
Medical Aspects
of Napping.' Dr. James Maas, pakar tidur dari
Cornell
University juga telah merumuskan bahawa tidur di
tengahari
sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk
mengembalikan
tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji
yang lain,
Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur
tengahari
adalah bermanfaat selama mana ianya tidak
melebihi satu
jam. (Gail Benchener: 'Parents and Sleep
Deprivation,'
Family.com)
Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa-
rupanya
merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan
pada hari ini.
(Laporan saintifik tentang kelebihan tidur tengahari
ke atas
produktiviti berdasarkan kajian 25 tahun)
name.Mujahidah_Cyber
birthday.28 MarCh 1983
email.mujahidah_cyber@yahoo.com
l0ves!`
Anime,Books,Cartoons,Business((:
hates!`
Liar!Hypocrite! )):
music playing ]]
song:
|Blog ADLI|
Blog MAR|
Blog ZIKRI|
links|
|links|
links|
links|
links|
|links|
links|
links|
links|
|links|
links|
links|
links|
taggy!`((: